Kari Kepala Ikan Kampung Pandan

Destinasi jalan-jalan singgah makan daku kali ini ialah ke Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan yang cukup terkenal di ibu kota Kuala Lumpur.

Siapa lagi yg suka benor makan gulai kari kalau bukan buah hati terchenta, mr suami. Laju je beliau nak bawa daku makan2 di sini sementelaah haritu kami berurusan di area Desa Pandan.

Besar juga tapak restoran kari kepala ikan nih. ada 2 tingkat. tingkat bawah ruang terbuka manakala di tingkat atas ruang ber aircond. Kalu kereta tak muat nak parking dlm kawasan restoran, mereka ada sediakan ruang parking khas di seberang jln mengadap restoran.

banyak lauk-pauk yg tersedia di sini. portion dia pun bersaiz besar-besar. udang besar, sotong besar, ketam pun besar. (harga pun pasti besar)

selain lauk-pauk berkuah, ada juga lauk jenis goreng2 spti ayam goreng rempah, ketam goreng & sotong salut tepung. yg pasti semuanya bersaiz besar

Yeahhh.. wajib ambik !. apa barang pegi sini kalau tak pekena kari kepala ikan. Inilah favorite mr suami. Asal ada kari, selera beliau semakin menjadi-jadi. Tetapi pada daku gulai kaari nih biasa2 saje mungkin daku lebih suka gulai kari yg ala-ala kemelayuan. Kalau korang peminat kari mamak, daku rasa ini antara gulai kari yg best kot !.   Habis ke makan  kepala ikan tuh?… Mungkin kalau tengok saiz kepala ikan yang dihidangkan korang rasa ia terlalu besar, tapi percayalah, bila dah makan, tak terasa ikan tu dah lunyai korang kerjakan

frankly speaking, kalau korang tanya daku, hanya 3/5 bintang yg dapat daku berikan utk makan2 di sini. Yg menarik krn lauk dia sangat banyak, rambang mata semasa nak memilih. Layanan pun sangat pantas (standard kedai mamak). Masa pegi makan time lunch memang ramai umat manusia berpusu ke sini. Mungkin sedap kot tapi pada daku biasa2 jer.

Dari segi harga? ermmm, kalau bajet kecil daku nasihatkan korang tak payah ambil lauk2 lain, cukuplah dengan kepala ikan saja, tapi kalau still nak udang besar, sotong, ketam, ayam dan sebagainya, confirm bil korang akan cecah tiga angka. Utk makluman korang, sepinggan kari kepala ikan kat atas ni harganya sekitar RM 50 ++  !!! Jadi boleh anggarlah jika korang ambil menu2 sampingan lain….

kari2

Complete set meal…… nyam nyam…

kari3

additional meal… telur ikan & sotong kari…

???????????????????????????????

the king of the king…. kari kepala ikan,,,,,

ok…. enjoy…….