Satay Willy, Sungai Ramal Kajang

Sapa suka makan satay? Hari ni aku nak review pasal Satay Willy. Dah pernah cuba? Haruslah korang cuba kalau belum tau, sebab sangat berbaloi dan sedap!
Satay Willy ni terletak di Sungai Ramal Food Junction, Kajang. Bukan dekat pekan Kajang (pekan? kampung sangat tau aku ni), dekat area-area nak pergi Bandar Baru Bangi. Direction nak pergi sana senang je, if korang daripada highway PLUS, exit Kajang. Then stay belah kiri je, ikut signboard Sungai Ramal. Bila dah belok kiri, stay je kat lane kiri. Dalam 200m korang akan nampak Sungai Ramal Food Junction kat sebelah kiri korang, depan sikit je ade simpang belok kiri. Turn left kat simpang tu then another left. Terus je and lastly cari parking. Parking agak horror sebab banyak sangat kereta sampai nak park kena agak jauh dari food junction tu. Demi Satay Willy korang mesti sanggup kan? Kehkehkeh.
Oh, reminder for all. Seandainya korang nak datang try Satay Willy ni on weekend (Sabtu & Ahad, Jumaat petang mungkin juga), sila lah datang awal sekitar jam 6 petang. Ini kerana line beratur akan jadi panjang sampai pintu masuk food junction kalau korang lambat. Dah pernah terjadi pada hubby & aku first time kitorang datang nak try. Ahad malam, sekitar jam 8 lebih malam, line dah panjang sampai pintu masuk. Memula tu gagah la beratur, tapi line tak gerak langsung dalam 10min. Terus cancel, beli satay kat tempat lain je. Huhu.
Ok, berbalik kepada cerita asal. Second time kitorang pergi around pukul 6 lebih. Orang masih tak ramai beratur, nasib baik. Kat Satay Willy ni ade guna sistem nombor kalau take away. Order kat kaunter, then akan diberi nombor. If dah siap nanti nombor korang akan appear kat monitor, mudah kan? Untuk yang dine in, korang order kat kaunter then bagi nombor meja. Nanti dah siap pekerja dia akan hantar ke meja la.
Konsep food junction ni macam food court, ade macam-macam kedai makan lain kat sini. So kedai air pun kedai yang berbeza dengan satay. Ade jugak kedai nasi ayam, nasi lemak, Burger Bakar Abang Burn (nanti nak try ni pulak) dan jugak ade Salleh Stall yang jual mee udang kat Kuala Sepetang tu! Wow, tak payah pergi jejauh nak makan mee udang Salleh, Kajang je pun. Hehe. Tapi belum tau sedap ke tak, harus cuba nanti.
Memandangkan time kitorang sampai tak ramai orang, maka nya satay kitorang pun sampai cepat. Kitorang order 20 ayam dan 10 daging sahaja untuk trial session ni. Tambah 2 lontong. Lontong tu macam nasi impit, tapi dia di balut dalam daun pisang, then bentuk panjang-panjang.
Terus la belasah makan kan. Kehkehkeh. Sedapppnye satay bila panas-panas lagi. Daging ayam sangat lembut, daging lembu pun. Juicy je, tak kering dan gemuk-gemuk belaka. Kuah kacang pun sedap, sambal dia tak pedas sangat, just nice. Lontong sama je la rasa macam nasi impit, what else kan? Harga satay dalam range RM0.70 – 0.80 je. Lontong RM1.00 satu.
Overall, puas hati dengan satay kat sini. Boleh la datang lagi nanti, makan satay lagi. Nak try jugak satay perut and kambing sekali, mesti sedap jugak. Lepas tu boleh try makanan lain, best best best!
sate
ni lah keda nya…..
sate2
standard order… ayam , daging & nasi impit….
Selamat mencuba semua!